what I'm going to talk about is : BACKBITING
in Malay : MENGUMPAT
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

maksud perbuatan mengumpat dalam Hadis, Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui ia difahami oleh orang mendengarnya.Mengumpat banyak mendatangkan keburukan. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengumpat.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.
Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru-hara dan pembunuhan.
Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
post ni aku byk copy paste je .. tp utk ksederan aku dan sume kawan2.. ELAKKANLAH DIRI DARI MENGUMPAT ... same2 kite nasehat,engat mengengatkan ye...
kalo geram sgt dgn seseorang..cubela sabar..SABAR tuu ... BESAR PAHALANYA...tapi kalo xleh sabar gak..cakapla sorg2,dlm hati ke..dlm bilik air ke..kalo berani bgtaw org tu..bgtaw jela..kebenaran itu mmg pahit..
stakat ni je peringatan utk diri n sume..
amek iktibar ye..
Wallahualam.